Blogger templates

Misi dan Visi SK Kem Terendak 1

Rabu, 27 April 2011

Aktiviti 2011

MESYUARAT PIBG SKKT1, 28 APRIL 2011, 2.15 petang.

Pada 28 APRIL 2011,Murid SK Kem Terendak 1 akan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Alor Gajah di SK Lesong Batu. Semoga Berjaya....

Pada 3-6/5/2011 Murid SK Kem Terendak 1 akan mewakili negeri Melaka ke Festival Cybergame 2010/2011 di Cyberjaya. Tahniah !!!!! Semoga Berjaya....

Rabu, 13 April 2011

Lencana SK Kem Terendak 1


Lencana sekolah berbentuk perisai dan menyerupai    lambang Garison Kem Terendak yang mentadbir Kem   Terendak di mana terletaknya sekolah ini.
Warna merah di bahagian atas melambangkan ketabahan   dan keberanian murid-murid sekolah ini iaitu putera dan      puteri perwira negara kita.
Warna hitam melambangkan kekentalan semangat untuk berdaya saing dan memajukan diri. Bersama kedua-dua wama melambangkan cogan kata wira Kem Terendak
"SEMERAH SEHITAM"
Warna kuning melambangkan penerangan dan kecemerlangan dalam kehidupan yang menjadi harapan dan sasaran warga sekolah.
Lambang buku menandakan ilmu sementara obor menandakan pengetahuan.
Cogan kata "Hidup Mesti Berbakti" melambangkan pedoman hidup warga sekolah.

Lagu Rasmi SK Kem Terendak 1

HIDUP MESTI BERBAKTI
BERILMU BERHEMAH MULIA
KAMI BERIKRAR BERUSAHA
MAJU DAN BERJAYA
PUTERA PUTERI SKKT1
MURID TEKUN UNTUK MAJU
BUDAYA ILMU DIAMAL
SOPAN SANTUN DIJAGA
TAAT IBU BAPA DAN JUGA GURU
TAK MUDAH BERPUTUS ASA
SKKT1 LAMBANG KEMEGAHAN
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
HIDUP MESTI BERBAKTI
MURID TEKUN UNTUK MAJU
BAKTI SUCI YANG DIBERI
JASA JADI SANJUNGAN

Lagu Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
http://www.mediafire.com/?hkdjc4dklplesjc

Piagam Pelanggan SK Kem Terendak 1

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 dengan penuh ihtizam akan mentadbir, mendidik dan membentuk murid-murid sekolah ini supaya berhemah tinggi, berketerampilan dan berwawasan.
Oleh itu kami berjanji akan :-
  • Memberi layanan segera dan memuaskan kepada ibu bapa yang datang untuk berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah
  • Bekerjasama dengan semua unit tentera di Kem Terendak dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kepentingan murid-murid dan sekolah.
  • Berusaha sedaya upaya agar murid cemerlangan, sekolah gemilang.

Matlamat SK Kem Terendak 1

Menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkesan keseluruhannya
kepada anak-anak warga Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1

Slogan SK Kem Terendak 1

Hidup Mesti Berbakti

Misi SK Kem Terendak 1

Visi SK Kem Terendak 1

Sejarah Sekolah

Sekolah ini pada mula nya dinamakan Mountbatten School dan dibuka pada tahun 1960. Ianya di buka dengan tujuan memberi khidmat pendidikan kepada anak-anak anggota tentera British, Australia dan New Zealand dari Commonwealth Camp yang sekarangnya dikenali dengan nama Kem Terendak.
Mounbatten School pada mula nya hanya mempunyai sebuah bangunan blok pentadbiran dan sebuah lagi bangunan pendidikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik M.A. Hopkins Clarke dari 1960 hingga 1964
Mountbatten School telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada 27 Mac 1970. Pada 20 April 1970 sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd. Kamaruddin bin Zaman P.J.K. yang mentadbir sekolah hingga tahun 1988.
Beliau diikuti oleh :
Tuan Haji Mohamad bin Haji Ibrahim 1989 - 1990
Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Jantan 1991 - 1992
Puan Habibah binti Busu 1992 – 2004
En.Md.Yusof bin Baba 2004 hingga 2011
En. Safian bin Ab. Rahman 2011 hingga kini

Fasiliti Sekolah

Sekolah dilengkapkan dengan sebanyak 10 buah bangunan dan mengandungi :
33 bilik darjah
2 bilik sains
1 bilik kemahiran hidup
1 bilik pendidikan komputer
1 bilik tayangan
1 bilik rawatan pergigian
1 bilik kaunseling
1 surau
1 kantin
1 kedai buku
1 bilik guru
1 bilik mesyuarat
5 bilik pelbagai guna

SK Kem Terendak 1