Blogger templates

Misi dan Visi SK Kem Terendak 1

Rabu, 13 April 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah ini pada mula nya dinamakan Mountbatten School dan dibuka pada tahun 1960. Ianya di buka dengan tujuan memberi khidmat pendidikan kepada anak-anak anggota tentera British, Australia dan New Zealand dari Commonwealth Camp yang sekarangnya dikenali dengan nama Kem Terendak.
Mounbatten School pada mula nya hanya mempunyai sebuah bangunan blok pentadbiran dan sebuah lagi bangunan pendidikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik M.A. Hopkins Clarke dari 1960 hingga 1964
Mountbatten School telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada 27 Mac 1970. Pada 20 April 1970 sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd. Kamaruddin bin Zaman P.J.K. yang mentadbir sekolah hingga tahun 1988.
Beliau diikuti oleh :
Tuan Haji Mohamad bin Haji Ibrahim 1989 - 1990
Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Jantan 1991 - 1992
Puan Habibah binti Busu 1992 – 2004
En.Md.Yusof bin Baba 2004 hingga 2011
En. Safian bin Ab. Rahman 2011 hingga kini

0 ulasan:

Catat Ulasan