Blogger templates

Misi dan Visi SK Kem Terendak 1

Ahad, 15 Mei 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru penjana transformasi pendidikan negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru penjana transformasi pendidikan negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu dan lirik : Rosman Adam

Khamis, 5 Mei 2011

SK KEM TERENDAK 1 JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri. Tahniah!!!!!!!!


Pada 5 Mei 2011 di MITC SK Kem Terendak 1 telah menjadi Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri 2011. Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Tahniah kepada peserta kawad kaki SK Kem Terendak 1...

Program Minggu Permata Hatiku Pada 5 Mei 2011 di Dewan SKKT1 Pukul 9 - 11.00 pagi